MPP UNIMAS 2009/2010

Wednesday, August 11, 2010

Minggu Penghayatan Islam UNIMAS 2010

Minggu Penghayatan Islam(MPI) merupakan satu program yang berbentuk kerohanian yang menjadi salah satu program tahunan untuk mahasiswa Islam Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS).

MPI ialah satu program usahasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS,Unit Pengurusan Majlis UNIMAS(UPMU), dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej-kolej UNIMAS yang akan diadakan pada 14-21 Ogos 2010.

Tema MPI tahun ini ialah "Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan" yang bermaksud "Selamat Datang Bulan Ramadhan".

Program ini melibatkan penyertaan yang menyeuruh daripada setiap pelajar UNIMAS.


Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang program tersebut ialah Majlis Perasmian MPI, Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan, Tulisan Jawi Kreatif,Diskusi Ilmiah,Bazar Ukhuwah,Ceramah Intelek,Syarahan Kesarjanaan Islam,Spelling Bee(versi Jawi).Kumandang Azan & Iqamah,Nasyid Kontemporari, dan Malam Kemuncak MPI.

No comments:

Post a Comment