MPP UNIMAS 2009/2010

Monday, February 7, 2011

AMANAT TERAKHIR YDP MPP


Assalamualaikum dan
Salam Perjuangan Mahasiswa,

Hari ini (8/2/2010) Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2009/2010 telah pun dibubarkan.
Saya mewakilan rakan-rakan MPP09/10 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada kami sepanjang kami melaksanakan tugas.

Kami juga ingin memohon jutaan kemaafan dari mahasiswa UNIMAS sekiranya masih ada masalah/isu yang masih tidak dapat diselesaikan. Kami telah menyuarakan segala permasalahan & isu mahasiswa kpd pihak pengurusan UNIMAS tetapi jika iannya tidak diambil tindakan oleh pihak-pihak yang sepatutnya apalah daya kami. Kami berharap agar MPP seterusnya dpt menyambung perjuangan kami dalam membela nasib mahasiswa.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua mahasiswa agar menggunakan zaman sebagai mahasiswa dengan sebaiknya. Manfaatkan masa yang ada dengan membina nilai tambah pada diri anda agar anda menjadi graduan yang berkualiti apabila bergraduat nanti dan mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan. Belajar di Universiti bukanlah hanya mengenai belajar di kuliah semata-mata namun banyak yang boleh dipelajari dengan menyertai aktiviti-aktiviti di peringkat kampus.

Kita mahasiswa dipandang tinggi oleh masyarakat, kita dikatakan golongan pelapis kepimpinan negara, binalah nilai2 kepimpinan anda bermula di zaman mahasiswa lagi agar anda mampu menjadi pemimpin masyarakat yang berkualiti suatu hari nanti. Jangan kita hanya pandai berkata-kata tetapi realitinya kita hanya tong kosong atau boneka yang digerakkan.

Bagi yang muslim,gunakan kesempatan umur muda ini untuk meningkatkan amal dan taqwa kita pada Allah. Jadilah "Rijalullah" golongan pemuda yang sentiasa cinta pada agama Allah dan berjuang untuknya. Jadilah golongan muda seperti zaman Nabi S.A.W, jadilah seperti Sultan Muhammad Al- Fateh yang mampu memimpin tentera dan menawan kota Constatinopel pada usia 22.
Ingatlah usia muda ini akan dipersoal oleh Allah jika ianya tidak digunakan sebaiknya.

Akhir kata, semoga kita semua mampu menjadi generasi baru yang mampu melakukan revolusi dimasa hadapan.

"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan"

Salam Perjuangan Mahasiswa,

Muhammad Hasbullah Najib
Mantan Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar 09/10